BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

epal cheka

epal cheka

my bestie 3)

website

starter !

Jumaat, 13 Mei 2011

pupuk keimanan dalam diri..

Tafsir Ayat: Takwa mampu pupuk kemanisan iman, cinta terhadap agama
_POSTEDON Jan 13, 2011 - 08:57 AM by mat

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

FIRMAN Allah bermaksud: "Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. Katakanlah (wahai Muhammad): Taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya. Oleh itu, jika kamu berpaling (menderhaka), maka sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang kafir." (Surah Ali Imran: Ayat 31-32).

Prof Hamka menyatakan kita disuruh selalu membaca al-Quran dengan sebenar-benar bacaan supaya dapat menghayati maksudnya. Dengan itu, akan tersingkap hubungan erat antara satu ayat dengan ayat seterusnya.

Di penghujung ayat 30 dalam surah ini menyatakan Allah amat Penyayang, Mengasihani kepada hamba-Nya, sehinggakan orang yang pernah berbuat salah dan dosa masih diberi kesempatan bertaubat serta melakukan amalan baik bagi menghapuskan dosa.
Allah selalu bersedia menerima kedatangan hamba-Nya yang kembali kepada kebenaran. Apakah kesan dalam hati orang beriman apabila membaca ayat itu? Kesannya ialah cinta dan kasih sayang Allah kepada hamba-Nya.

Maka dengan sendirinya, perasaan hamba terasa keinginan untuk membalas cinta itu. Setiap insan mempunyai perasaan cinta yang ada kala boleh mengakibatkan seseorang buta mata hatinya sehingga dia leka, lupa dan alpa terhadap sekelilingnya.

Dari sudut lain, cinta juga boleh membahagiakan seseorang sehingga dapat mengecapi kemanisan dalam setiap detik kehidupannya. Demikianlah betapa kuatnya pengaruh cinta hingga boleh mengubah perwatakan, peribadi dan hala tuju hidup seseorang manusia.

Bagi orang beriman, takwa yang terpahat kukuh di lubuk jiwa akan membiaskan rasa cinta mendalam dan rindu membara terhadap Allah. Natijahnya, mereka dapat mengecapi kemanisan iman.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Tiga perkara apabila berada pada diri seseorang, nescaya dia akan merasai kemanisan iman; iaitu hendaklah Allah dan Rasul-Nya lebih dicintai dari yang lainnya; hendaklah juga dia mengasihi dan mencintai saudaranya seMuslim kerana Allah; dan dia amat benci untuk kembali kepada kekufuran setelah diselamatkan Allah daripadanya seperti mana dia benci untuk dicampakkan ke dalam api neraka yang menyala api di dalamnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Apabila perasaan cinta sudah berputik di lubuk jiwa, hati akan sentiasa ingat kepada Allah dan hubungan dengan Allah juga semakin hampir hingga dia merasakan kehadiran Allah dalam setiap detik kehidupan.

Oleh itu, dia akan malu dan tidak tergamak melanggar perintah Ilahi, sebaliknya cinta serta tidak sabar melakukan amalan membawa kepada keredaan Allah. Apabila perasaan itu wujud dalam diri, dia mencintai Allah dan mengecapi kemanisan iman.

Selain cinta kepada Allah, Muslim dituntut mencintai Rasulullah yang digelar kekasih Allah. Uniknya, cinta kepada Rasulullah adalah bukti cinta kepada Allah.

Berbeza realiti semasa, cinta ditakrifkan sebagai mencintai wanita dan begitu juga sebaliknya. Cinta sebegini memastikan zuriat manusia berkembang biak namun ia juga punca kemungkaran yang semakin membarah dalam budaya hidup masyarakat Islam.

Ramai remaja dan muda mudi tergamak melanggar tatasusila masyarakat serta hukum Allah apabila dilamun cinta. Tidak hairanlah mereka tanpa segan silu berpegangan tangan, berpelukan dan bercumbuan di khalayak ramai.

Paling malang dan menyedihkan, bukan saja golongan muda terjebak dalam kancah terlarang, bahkan golongan berumur juga sanggup melakukan perkara sedemikian seolah-olah tiada lagi perasaan malu di sudut hati mereka.

Penting bagi setiap Muslim memahami dan menghayati konsep cinta menurut perspektif Islam. Cinta sejati ialah cinta kepada Allah dan Rasul-Nya. Apabila cinta sejati bertakhta kukuh di sudut hati, nikmat ganjaran dan syurga dapat dinikmati di akhirat kelak.

0 ulasan: